Saturday 14 July 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18

TARIKH : 23 Februari 2012

MASA : 3.00 petang (Khamis)

TEMPAT : Dewan SK Jelai 3 (F)

PERASMI : YB Dato’ Hjh. Zainab Binti Nasir DPNS,DNS,ANS,PMC

ADUN Kawasan Gemas merangkap EXCO Negeri

KEHADIRAN : 91 orang

Agenda:

1 Ucapan Pengerusi – Yang Di Pertua PIBG (En. Roslan Bin Rahmat)

1.1 Ucapan aluan.

1.2 Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga atas kehadiran yang memberangsangkan.

1.3 Sumbangan yang diberi masih belum mencukupi.

1.4 Sedang berusaha meminta sumbangan bagi PIBG.

2 Ucapan Penasihat – Guru Besar (En. Adam Bin Hj Omar)

2.1 En. Ab. Wahab Bin Dahalan selaku GPK HEM mewakili Guru Besar kerana beliau mengiringi YB Dato’ Hjh Zainab Binti Nasir untuk jamuan makan.

2.2 Terima kasih dan tahniah kerana dapat hadir.

2.3 Bilangan murid terkini adalah seramai 171 orang yang terdiri daripada 80 orang murid lelaki dan 91 orang murid perempuan.

2.4 Semua murid layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks.

2.5 Seramai 16 orang murid layak menerima Rancangan Makanan Murid Termiskin (RMT).

2.6 Kekeliruan ibu bapa/penjaga mengenai waktu balik sekolah sepatutnya tidak lagi berlaku kerana setiap orang murid telah dibekalkan dengan jadual waktu.

2.7 Tuan Guru Besar menyambung ucapan GPK HEM dengan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir.

2.8 Program 3K telah mengadakan pertandingan kelas terbersih.

2.9 Menekankan kehadiran murid-murid bagi mengurangkan kes ponteng sekolah. Ibu bapa/penjaga juga diminta memastikan kehadiran anak/jagaan ke sekolah pada waktu yang ditetapkan.

2.10 Kelas Agama Petang (KAP) diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Manakala pada hari Rabu dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

2.11 Keceriaan sekolah telah dijalankan bagi keselesaan guru dan murid.

2.12 Keselamatan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sentiasa dititikberatkan.

2.12.1 Pintu pagar serta urusan keluar masuk adalah di bawah tanggungjawab Guru Besar.

2.12.2 Surat kebenaran masuk perlu diisi di Pondok Pengawal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

2.13 Kebersihan menjadi fokus utama.

2.14 Pemberian KWAMP:

2.14.1 Mengikut kelayakan

2.14.2 Pengisian maklumat dalam SMM perlu telus dan lengkap.

2.15 Kelas Bimbingan Tahun 6 telah dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

2.16 Laporan sukan serta kurikulum seperti yang dilampirkan di dalam buku program.

2.17 Lawatan sambil belajar telah diadakan pada penghujung tahun lepas ke Putrajaya.

3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-17.

3.1 Pn. Noorasmaliza selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat.

3.2 Pencadang: En. Sulaiman bin Osman.

3.3 Disokong: Pn. Rufizah binti Mohd Zam.

4 Perkara Berbangkit

4.1 Tiada

5 Membentang dan meluluskan penyata kewangan 2011

5.1 Pn. Rapiza binti Miswan membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011.

5.2 Pencadang: En. Mohd. Hudal Bin Sharif

5.3 Disokong sebulat suara.

6 Membentangkan dan Membahaskan Usul

6.1 Usul daripada AJK PIBG Sesi 2011/2013:

6.1.1 Tuan Penasihat memberi penerangan mengenai usul sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2012 seperti di bawah:-

Sumbangan PIBG Tahun 2012

Perihal

Bayaran Tambahan PIBG (RM)

2011

2012

1. Sumbangan PIBG (satu penjaga)

15.00

15.00

2. Pusat Sumber Sekolah

2.00

2.00

3. Komputer (Tahun 4,5,6)

10.00

10.00

4. Pembangunan

1.00

-

5. Dana Kesihatan

1.50

1.50

6. Transisi Tahun 1

13.00

13.00

7. Kertas Ujian – Tahap 1

6.00

6.00

8. Kertas Ujian – Tahun 4&5

7.00

7.00

9. Kem Bestari Solat

5.00

6.00

10. Kertas Latihan Murid

-

10.00

11. Sukan

-

10.00

12. Sumbangan Kelas Agama Petang (KAP)

-

5.00

JUMLAH

60.50

85.50

Bayaran Tambahan Mengikut Kelas

Bil

Kelas

PIBG*

PSS

KMP

DK

TRN

UJN

KBS

KLM

SKN

KAP

Jumlah

(RM )

1.

1 Bjk

15.00

2.00

-

1.50

13.00

6.00

6.00

10.00

10.00

5.00

68.50

2.

2 Bjk

15.00

2.00

-

1.50

-

6.00

6.00

10.00

10.00

5.00

55.50

3.

3 Bjk

15.00

2.00

-

1.50

-

6.00

6.00

10.00

10.00

5.00

55.50

4.

4 Bjk

15.00

2.00

10.00

1.50

-

7.00

6.00

10.00

10.00

5.00

65.50

5.

5 Bjk

15.00

2.00

10.00

1.50

-

7.00

6.00

10.00

10.00

5.00

65.50

6.

6 Bjk

15.00

2.00

10.00

1.50

-

7.00

6.00

10.00

10.00

-

60.50

PIBG* - Sumbangan PIBG (satu penjaga)

PSS - Pusat Sumber Sekolah

KMP - Komputer

DK - Dana Kesihatan

TRN - Transisi Tahun 1

UJN - Kertas Ujian

KBS - Kem Bestari Solat

KLM - Kertas Latihan Murid

SKN - Sukan

KAP - Kelas Agama Petang

6.1.1.1 En. Sulaiman Bin Osman meminta semua ibu bapa/penjaga bersetuju bagi membantu pihak sekolah dan kepentingan anak-anak.

6.1.1.2 Disokong oleh Pn. Rahimah Binti Haron dan dipersetujui sebulat suara.

6.1.2 Usul bagi bagi bayaran modul pembelajaran 2012.

Modul KSSR (9 subjek) RM 50 setiap murid Tahun 1 dan Tahun 2

Modul Tahun 3 – 5 RM 50 setiap murid

Modul Tahun 6 RM 50 setiap murid

6.1.2.1 Disokong: En. Sulaiman Bin Osman

6.1.2.2 Dipersetujui sebulat suara.

6.2 Usul daripada ibu bapa/penjaga yang diterima tanpa bahas:

6.2.1 Usul berkaitan kantin sekolah telah diambil tindakan oleh pihak sekolah dengan memaklumkan kepada pihak kantin. Manakala isu berkaitan kebersihan kantin telah ditolak kerana pengurusan kantin sekarang terbukti amat mementingkan kebersihan dan suasana kantin sekarang tidak kotor seperti didakwa.

6.2.2 Usul mengenai waktu balik yang mengelirukan telah diambil tindakan oleh pihak sekolah dengan membekalkan salinan jadual waktu kepada setiap murid.

6.2.3 Usul mengenai penyeragaman menu makanan murid bagi Hari Sukan juga telah diberi penerangan.

6.2.4 Usul berkaitan pondok menunggu telah dijawab oleh YDP dengan memaklumkan disebabkan kekangan kewangan keselesaaan pondok menunggu diadakan secara berperingkat.

6.3 Usul yang diterima untuk dibahaskan:

6.3.1 Usul oleh Tn. Hj. Baharudin Bin Ibrahim yang meminta dikurangkan penglibatan murid Tahun 6 dalam aktiviti sukan telah diberi penerangan oleh Guru Besar. Murid-murid Tahun 6 perlu terlibat dalam aktiviti sukan sebagai kredit tambahan untuk masuk ke sekolah berasrama. Penglibatan mereka juga hanya dalam penggal pertama persekolahan.

6.3.2 Usul kedua oleh Tn. Hj. Baharudin mengenai kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 4 telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan. Guru Besar memberi respon dengan memaklumkan keutamaan murid-murid Tahun 4 adalah kepada peperiksaan UPKK dalam kelas KAP. Oleh itu, kelas tambahan bagi murid Tahun 4 tidak akan dilaksanakan.

6.3.3 Usul yang dibawa oleh Pn. Samsila Binti Sulaiman mengenai pengisian maklumat dalam borang SMM telah diberi penerangan lengkap oleh Guru Besar. Majoriti yang hadir bersetuju dan faham dengan pentingnya pengisian data tersebut dan akibat daripada ketidak telusan data yang diberi.

6.3.4 Usul kedua yang dibawa oleh Pn. Samsila juga telah dipersetujui oleh semua yang hadir mengenai aktiiti/program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Guru Besar juga telah memaklumkan semua perancangan di bawah pengetahuan beliau.

6.3.5 Pn. Taslimah Binti Jamhari telah mencadangkan usul meminta ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 untuk hadir ke sekolah bermula bulan Ogos berjumpa pentadbir atau guru-guru Tahun 6 bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan mengisi borang sekolah berasrama. Semua telah bersetuju dengan cadangan tersebut setelah diberi penerangan lengkap.

7 Hal-hal lain

7.1 En. Sulaiman bin Osman mengucapkan terima kasih atas jasa guru-guru SK Jelai 3 (F) yang telah mendidik anak beliau daripada Tahun 1 hingga anak beliau berada di Tahun 6 sekarang.

7.2 YDP memaklumkan perletakan jawatan oleh En. Sazali bin A. Rahman selaku Pemeriksa Kira-kira 1. Semua yang hadir menerima perletakan jawatan tersebut.

7.2.1 En. Saim bin Leman telah mencadangkan Ustaz Kamarudin bin Awang sebagai pengganti. Cadangan tersebut terpaksa ditolak kerana Ustaz Kamarudin adalah Naib Bendahari.

7.2.2 En. Saim mencadangkan Pn. Hanitah binti Saat selaku calon kedua dan dipersetujui sebulat suara.

7.3 Guru Besar memohon sumbangan bunga daripada setiap ibu bapa/penjaga bagi menceriakan kawasan sekolah.

7.4 Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan.

7.5 Pn. Taslimah mewakili guru-guru mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh En. Sulaiman tadi.

8 Ucapan penangguhan

8.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam mesyuarat hari ini dan berharap kerjasama berterusan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.


Dicatat oleh,

ROHANI BINTI YA

ZAINI BINTI RAMLI

AJK Pencatat


Disediakan oleh,

NOORASMALIZA BINTI MAT ALIAS

Setiausaha PIBG


Disemak oleh.

ROSLAN BIN RAHMAT

Yang Di Pertua PIBG

SK Jelai 3 (F),